Friday, November 25, 2011

The Victoria Secret and Us !

Assalamualaikum semuaaaa !
meet you guys again ! Syukur Alhamdulillah.
Tak terlewat lagi nak wish you guys, Salam Maal Hijrah ( Selamat Menyambut Tahun Baru Islam)



Okey ! today entry untuk mereka yang sangat closed dalam hidup datin .  Ni kira episod sambungan part 2 masa ke Singapore before this . Busy sampai terlupa nak update pasal Singapore part 2. Sorry guys ! Come, datin kenalkan you guys my sweetie luvly flower at Singapore :


Dr. FEL, Anor, Along and Me

Family datin kat sana layan kami berdua penuh dengan kebaikan mcm kami baby. .JERRRRRRRR . . Sampai kami dapat duit poket lagi tau . HEHE. Thank you Mak Ndak ! Kami hang out and have some fun sampai all out ! 




The pictures was taken on our final day at Singapore . 


On that day, Along and Anor cuti and sangat seronok bila dapat lepak sama sama. Along dah ada suami tapi bila jumpa kami, abang Afnan diletak tepi diam diam. HAHAHA. cute ok !


Along takda time ni huhu.


First, Kitorang berjalan sampai puas ke Airport  padahal bukan nak balik Malaysia pon . Jalan jalan kat sana lawat airport Changi . Pergi sana bukan apa , nak shopping sikit. Nak bawak ole ole tapi tak beli ole ole pon kat sana, dah beli kat Mustafa Center. Actually kami ke Changi tu, just naik MRT (train) sahaja. Senang and tak takut bila merantau kat sana sebab mana mana ada CCTV .  Sana ada 3 terminal if im not mistaken. So boleh bayangkan la besar la jugak . Jalan sana pon shopping baju sikit. Fatin and Datin dapat la beli baju walaupin boleh je beli kat Malaysia. harharharrr !




Actually you guys kene tahu matlamat seorang perempuan adalah memuaskan nafsu mereka dengan duit ! Haa duit ok bukan yg lain ! Thats why perempuan kene ada saving sendiri, takyah nak harapkan  kat lelaki nanti apa pon tak boleh ! :) ok rasa dah menyimpang dah ni. hihi. Datin and Fatin rasa happy sangat sebab Anor bawak kami pergi Perfume Shop kegemaran. .




Apa laaaagi. .Victoria Secret laaaaaaah hai ! Sebenarnya mmg suka buat something yang boleh memuaskan hati ni kan. .So rasa puas bila dapat beli apa yang mahu dibeli .  Kami mempunyai kegemaran yang sama dalam satu masa. Takda lah semua tapi certain certain tu mmg pelik kalau takda yang sama. Kalau you guys perhatikan kami, sometimes tudung warna sama, minat bola pon pergi sama . .kadang kadang ketawa pon ada bila fikir.  Victoria Secret ni datin just focus on thier body mist and lotions . Favorite body mist is Pure Seductions and Vanilla. Yes, of course vanilla . Datin fall in love with it since datin try Pure Seduction and lama lama suka and jatuh hati dengan body mist. Body mist ni , if you guys pakai dia w/o perfume pon boleh . Depend on ur place la kan and for make sure your body get fresh .






Datin puas pilih whether nk cuba bau lain or stick with vanilla and PS ni. Tapi sebab taknak menyesal kan,so datin pon nekad la pilih Vanilla (body mist) , P.Seductions (lotions) and Love spell (body mist)  








 Tu pon dak akk tolong tetapkan pendirian datin ni ha. HAHA. it was candid actually but thats looking great bila mungkin  dua dua alami situasi yang sama. "D:  kak, mana satu ni ha. penat laa. tolong bau weh. tolong" " F: ok try sembur kat lengan kau meh sini aku sembur, ok kak now mana satu ? " " D:  laaa, tanya aku balik mana satu baik tayah tanyaaaaaa" .  it was so lucu last last fatin sembur and dua dua suka bau tu, datin pon ambil la :)




Kakak fatinnnnnn pilih lotions faveret dia "PINK" tu :) Fatin ni pon boleh tahan addict dengan VS . Nak bg present bufday dia VS lagi dia suka. hehehe. 






Comel kan ? Apa fatin cakap dengan dia pon datin tak tau la sampai sempat bergambar . Datin tengah leka kat station datin tu . cute la. mak dia belakang dia pon biarkan anak dia so sempat la kan. .




Thanks Anor sayang sebab setia tunggu kami shopping perfume dear. Dah la tunggu pastu belanja makan pulak tu. 




Ya Allah, thats why we all kata we all mcm baby ! 






Lepas selesai makan , roger along and jumpa at one point so we all proceed pergi jalan jalan tempat lain . We went to Esplanade . Nice building if you can see there :) Petang petang ramai org beriadah around there. Seronok sudah !




Kitorang enjoy sangat kat sini berempat.  yg lebih enjoy rasanya kami berdua je kot. HAHAHA. nak nak si tudung merah tu :p Lepak sampai lah habis waktu lepak.  Maklum lah, last day kan. .so, lepak sakan la kat sana sambil makan mashmelow . .yummmmmmmmmmmmmmmy ! sukanya ! suke la tiuuuuuhh :p




Kan best ada masa lapang je lepak tempat mcm ni, rasa tenang. ada yang baring study group . .ada yang berdating . .ada yang tgk bawah dari atas ada yang ada yang ada yang. .aaa mcm2 la lagik .




Kami berempat pon da cukup huru hara dah. Penat tu penat tapi enjoy :)


Seronok along ye :) jap ada jap takda hihi ! slua basah la along, gara gara guling atas rumput ! ahaha. rindunya la ! 


Ok done, byebye esplanade  . . Okey, kitorang pon rasa takda apa nak buat kat sini sebab waktu nak balik Malaysia pon makin hampir . So rasa dahaga and kami singgah di Artease . 
Artease ni tempat minuman. .kalau kat Malaysia we call it like cool blog gitu. .kan. .but kat sana siap ada room untuk dia sahaja. Like ice room la camtu :)


Best sebab dahaga kan ! haha. so kami lepak kat sini lama jugak la. Seronok and tak suka sebab dah nak balik dah lepas tu . . i miss you so badly lil cuzzy. Rindu nak bergossip before tidur ? bukan terus tidur ke sebab letih. HAHA.


Thank you so much to Mak Ndak sekeluarga kerana sudi menerima kami berdua as backpackers !
Rasa bila ke sana, kami dijaga baik sangat ! Pak Ndak is babah's brother . so we closed from there . cuma jarak keluarga kami je jauh . .so bila dapat jumpa mcm ni, baru terubat rindu. .actually Anor sepatutnya dtg Malaysia 26th Nov but the plan was cancelled sebab pakndak and makdak kerja. Takpela, next time we will meet again ok. kaklia and kak fatin welcoming you bila bila je. nanti kita hang out ok!  To along and abg afnan. .thanks jugak tau ! to mimin !. .waaah aku dah kenapa . .mcm takda tomorrows ! blog je pun datin weh ! haha.


Kitorang pon balik rumah untuk packing barang sebab lagi 1 an half hour je da nk balik Seremban. .huhu . .thanks guys ! love !

the picture  was taken on the 2nd day after USS. family .

last but not , gambar pakndak half just nampak telinga . .makndak tengah makan , along lapar sangat and abg afnan( along's husband) knp la pulak .HAHA sbgai kenangan. .candid was awesome !

p/s:
for those yang tanya datin and fatin via fb inbox sorry tak dpt nk reply satu satu, budget is depends. if you just want to go to USS, the cost is only 66usd. so RM 160++ . better bawak RM200 la utk USS. selain USS kami pergi jugak Sentosa station yg lain, tgk animation on the water. .'song of the sea' 10usd so RM 24. (yg ni BEST) .budget selain tu pon depends jgk sbb datin stay di rumah uncle. If you stay hotel, cost dia more than us :) ok take care and have a gud holiday ya!

byebye !




Her Perfumes .

Assalamulaikum .


Lama tak update padahal baru je update pasal Viettttttttttttnam. perlu ke nak type T lebih?  Datin actually baru je sembuh sedikit dari penyakit yang tak dapat dielakkan. Biasa la, umur meningkat ni, kalau tak jaga diri, mcm mcm penyakit. eh kau mengalahkan umur 40 tahun nak cakap mcm tu bagai. hihihi . anyway thank for those yang keep in touch and doakan kite ni. actually ive got some infections. ada bisul dua dua telinga. .it comes from cotton buds yg terdedah. that was something yang datin tak pernah fikir ia akan terjadi . I just pergi gov hospital but it was killing me inside and the next day, i went to the ENT medical pakar telinga, dia cuci sampai bleeding non stop. now alhamdulillah telinga semakin pulih. ok lain hari kite cerita pasal telinga .haha!


Today datin tak nak cerita pasal sakit sebab datin nak cerita pasal sesuatu yang berharga untuk diri sendiri. boleh ke tak boleh ke suka hati . korang baca je lah. haha. anyway, talk about  your favorite perfume kan, kita perempuan kan of course la kita nak kita wangi sentiasa . ada sapa sapa nak badan tengik berpeluh bagai pegi dating ? bau macam * . haks . kenapa mulut aku ni. biadapnya rasa. sorry la. eh taknak la sorry sebab lepas ni mesti cakap lagi benda yang sama . hehe. ok ok sorry la. yelah! yelah!


Everybody loves to have one or two or more perfumes in their life ! macam datin, tiga pun cukup la. Habis yang tu, cuba yg tu pulak habis yg tu pulak habis yang lagi satu tu pulak . Agak berputar disitu. Ha, gasak kau la. bukan tak paham kan :D 


Hehe kite google je. Nak snap gambar pon hidup segan mati takmau
 Ni la Vanilla Musk- Avon 


First, datin more addicted with "Vanilla" . Tak kira lah Vanilla brand apa sebab pati vanilla ni lebih kurang sama je and body pon sebati dengan vanilla, Vanilla yang datin kerap beli selalu di Avon( Vanilla Musk) , Body Shop, Victoria Secret (body mist). Itu yang kerap la kalau agak agak budget tak okey dalam bulan tu, kedai tu je la penyelamat . Vanilla ni  jenis lembut sangat. Datin tenang sangat and yakin bila dengan vanilla ni. Datin rasa sesuai sangat . Datin tau ada yang suka ada yang tak suka tapi dia membuatkan you MANJA dengan diri you sendiri . Thats why i love Vanilla .




Selain Vanilla datin addicted sangat dengan "J'adore by Dior" .  J'adore ni bukan apa, datin tertarik dengan wangian dia since habis sekolah dulu and ibu beli dari Mekah. Itu pon botol kecik but nice for me but not nice for my friends sebab dia kata, tak wangi sebab tak romantic bagai dia la kan. suka hati la dia nak cakap apa. HAHA. So from there, bau tu melekat la masa study Diploma kat Jengka dulu.    Sampai kawan dapat detect bau perfume datin lalu kat dorm tu . (Haaa ni mesti iya baru lepas lalu ni) dia sedar tak dia bagitahu dengan nada mcm tu seolah olah  datin ni seperti seorang mahkluk yang bernama bunian. Nak nak yang menyidai kain kat ampaian tu kan, datin lalu je tanpa dia toleh dia tau da sapa lalu. .(bajet dalam iklan la, orang tergoda padahal perempuan je pon haha!) Haa, agak lama la pakai brand tu.  Until now ibu da tahu dah apa favorite datin kalau bukan J'adore sampai ibu belikan perfume tu satu hari tu . Jimat duit datin . HEHE. Gembira kemain kepalang sebab excited ibu beli yang Limited Ed. punya siap ada golden dusk dalam nya as you can see on the picture .




 Heh , yang ketiga semestinya favorite ramai. ." Britney Spears Fantasy :) " Wangi kan. .ofcoz wangi . Rasa nak makan je orang tu . kaaan . Sekarang Britney da produce kan mcm mcm jenis. .midnight fantasy, radiance, believe etc.  Mcm datin, if going somewhere dinner baru datin pakai Britney ni. Sebabnya bau dia manis so dia sesuai untuk tempat tempat yang tenang je. Kalau nak pegi majlis ke , apa apa majlis la tunang ke . .baru pakai , almaklum lah. .you all ladies kan. Ada certain orang tak suka bau buah buahan manis ni sangat . Ada yang suke bau lelaki . Its depend actually dengan empunya diri . Bila you guys pakai perfume, itu memaparkan personaliti you guys sebenarnya. tak usah nak ikut orang suka perfume tu, you pon suka nanti lama lama you tak kenal diri you so from there, you build you own confident actually .Yeee gaya datin seperti tegas disini ya.




Okey lah, cukup la untuk harini dulu. Next entry cerita cerita lagi . byebye !

Wednesday, November 16, 2011

Vietnam Yeay naik Sampan yoww !

Assalamualaikum .



haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai ! Ok before this datin dah promise nak update about entry datin naik sampan . Excited actually nak bagitau orang datin naik sampan ! alahai, tapi cerita tu datin pop-up kan after this ok ! 

#Day 3



 Ok pagi pagi dah keluar hotel . Subuh kat sana mcm biasa lah satu jam awal dari jam Malaysia kita . You guys kalau nak ke sana, jangan lupa bawak compass kecik tu, sana susah nak dapat kiblat sign , selalu atas siling ada show up kan mana qiblat tapi sana faham faham je la . Sama je country lain :) ok next,  lepas datin breakfast dengan family datin tunggu la kereta untuk dibawa ke MEKONG !

Mekong ni nama tempat dimana perkampungan di sebelah laut ;) Kat sini you guys boleh rasa sendiri naik bot. Dia lebih kurang mcm pegi Pulau Tioman. Kan ada jeti bagai tu kan. .lebih kurang camtu je sebenarnya .Hee :) Masa datin sampai sini , datin tak expect la tempat dia mcm tu sebab datin just ingat, sampai sana terus ada kampung :D tah bila nya nak naik bot sebab ibu cakap nanti naik bot nanti pakai seluar jangan nak pakai pelik pelik . Pelik pelik tu mean datin nak pakai dress la konon. Haks!  bajet jLo datang Malaysia pakai dress kbai.


So, naik lah kami sekeluarga bot itu . Licin and risau kat ibu sebab ibu pakai sandal . Anyway, sana famous sungguh topi  mcm orang sebelah datin pakai tu, menyesal pulak tak beli . boleh buat tudung saji kat rumah sewa. heeks ! naik bot around 15minutes la untuk ke kampung tu :)


Ok babah la terpaling seronok  Rindu katanya ! walaupun baru lps operation, tapi babah masih kuat utk ber holidayyyyyyy! sayang babah ketat ketat laah!


 Yeay, Dah selamat tiba kampung . Hehe ! Kampung mereka tu, sebuah sebuah. If ada salah seorang dari keluarga dia meninggal/mati, mereka akan kebumikan di kawasan rumah mereka. It was like makam mcm tu . .Masa datin jalan jalan sorang, yela kan datin suka explore sendiri lepas tu cemas mana semua orang ! heh . Haa masa explore tu, datin pelik la apa batu besar kat dpn rumah ni, datin masuk datin pegi pegang, baca papan tu. .la kubur ! haa mmg tak la nk ddk lama situ. nasib suara kuat, laung nama abang! HAHA. tq abg sebab sudi patah balik cari aku! :D see , suasana dia lebih kurang kan kat Malaysia tapi tu la datin lama dah tak alami suasana camni .


Yeay lagi sekali ! part ni datin suka sebab datin disuruh pegang sarang lebah berkotak and dilimpahi dengan madu asli! ahhh ~ first experience actually . Masa ni babah takut takut nak bagi datin pegang tapi ibu suruh pegang ! haha . yela, risau la kan dia terbang ke apa. sebenarnya lebah tu baik baik semuanya (lepas berjaya cakap la camni, kot die terbang ritu, jahat la lebah tu? peh gila) haa masa pegang ni, ada jugak satu dua terbang kat tudung, nasib tak turun muka. kalau tak, bermadu muka datin. heeks PANG!


Haa, da disuruh pegang kotak, disuruh pulak celup madu celah celah lebah tu ! heh . nasib nasib! (cuba perhatikan muka uncle tu, sapa yang cemas lebih sekarang? hihi)  Datin rasa dia geram dengan datin sebab datin tarik tarik tangan time ni,nak ke taknak, sekali dia tarik. .'dont weerrryy kakak' . .maksudnya 'don't worry datin' lah kiranya :) they can speak Malay lil bit actually so no need to worry nak hafal beli kamus bagai . Masa celup madu ni, Ya Allah seronoknya la siap ada supporter kat belakang (puan ibu) hehehe. syiok habis !


nyummmmmmmmmmy ! lazat sudah ! haha.  part ni pon best. rasa nak celup lagi ! hihi ! yeay, BERJAYA. i did it :) happy tau ! cabar lah saya lagi, saya buat ! Semua ni sebab datin mmg takut sangat lebah. biarlah ular ke apa, tapi lebah mmg datin takut sangat sangat ! ni la jadinya kan. . madu dia best , mcm dalam botol yang kat sini orang asli jual tepi jalan tu kan. .lebih kurang la. tapi sini mahal kan, sana kami beli dapat murah :)

Lepas tu, kami disajikan dengan small cup of 
1/2 sudu madu +limau nipis +air panas  !
hilang dahaga berjalan panas panas terik tu kan . sedap sangat hasilnya . just tambah 3 itu saja :) khasiatnya tinggi :) cuba la buat kat rumah :) selain tu, makan jugak halia tapi dia dah siap proses, pon sedap  .yela semua sedap kalau tak sedap buat apa dorang nak sajikan kan :) anyway walaupun simple tapi best . jangan lupa beli tau kalau awak ke sana :) ehe ! tapi jangan terkejut kalau mereka keluarkan ini !



OK fine, masa dia keluarkan ular ni, betul betul belakang datin ! datin boleh leka siap pakai gincu lagi. abang datin dah tau tapi taknak cakap FINE. ibu dengan babah chill sudah buat bodoh je sebab tak perasan apa . Sekali, toleh belakang ada makhluk lidah bercabang ni ! apa lagi, menjerit lah !
thank you sangat nasib tak muntah ! dah la datin geli ! ibu dah cabut lari sebab terkejut HAHA. comel gile time tu . .



kat sini penuh dengan beg beg and kraf tangan . .beg beg dia murah sangat ! contoh beg yang datin pegang ni kalau pandai tawar,  duit malaysia RM 20 lebih sahaja ! naisssssss kan!


Jalan lagi dan jalan lagi, banyak barang barang dijual kat sini. Haaa if nak tau, kat sini boleh tahan lebih murah dari di bandar tu. So, mana yang rasa blh nak beli and pandai tawar, beli sini pon ok. kadang2 kat sini ada yang banyak dari bandar. can u get it?


Selesai semua tu, kami disajikan buah buahan fresh dari sana :) syiok sudah !  Kat sini, datin sekeluarga dimainkan alunan music and ada 4org penyanyi nyanyikan lagu lagu Vietnam :) 


terhibur jugak la sampai habis buah buahan di atas :) hehe ! 



Chaak ! pulang  ke jeti dengan menaiki SAMPANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN! argh, excited nya ! ok berjaya jugak naik sampan. .from here jalan kaki menuju ke tempat sampan tu takda la lama around 4minutes saja :)


Nenek ini berumur 71 tahun! tapi, boleh lagi mendayung sampan ! challenging sudah  + datin sedang rakam video tapi video belum transfer. kalau tgk video baru ada feel kot !


Hello world, this is Sungai Mekong :) pernah dengar? YES, dalam buku sejarah masa sekolah ada belajar ! Itu pon ibu yang menekankan 'hey adik! dalam buku teks sekolah takkan tak belajar' ok, itu la cedera parah bila belajar untuk exam sahaja! HEHE. Bukan apa, pengalaman naik sampan ni sebab mereka kat sana, mencari rezeki dengan mendayung. kita tatau apa kan? thats why kita kene rasa susah di negara orang. Bila kita di tempat mereka, baru kita tahu, mereka bekerja ikhlas. Kat sana lagi satu takda peminta sedekah. .they willing to do their work and request you money. Contoh, lepas keluar dari mana mana shop, ada pakcik datang nak lapkan kasut babah. bagi la dia duit malaysia RM1 . Dia taknak, dia nak RM10~ HAHA.  so from there kita tau dia bekerja. .kat sini, kalau RM1 da kira boleh buat peminta sedekah gembira kan. .sana, demand sudah :D tergelak kami anak beranak ! enjoy.


 Ibu enjoy anak dia pon enjoy ! hee . seronok la kawan kawan, sebab pergi dengan family . Apa you nak you dapat ! HAHA. banyak lah kau !



Hee . ok abang ! thank you so much for being nice. tak sangka kau terlalu baik dan aku sayang kau sangat sebab banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaknya gambar aku kau snap tanpa pengetahuan! HAHA. happy sudah !


hehe balik pon disediakan air kelapa bebehh! Done for Sungai Mekong  and jom kita proceed .


Next, We proceed to Bentan market area ! Sini banyak jugak barang barang . Mmg tempat night market , dan tempatnya tapi dibuka siang :) 



Kebetulan datin kesana, hujan pulak time tu. Kami pon nasib baiklah dibekalkan baju hujan ! hee comel sangat time tu. Pakai baju hujan balik hotel sebab hotel dekat sangat dengan tempat tu :) Nak snap pon, battery almost weak so satu je berjaya snap ! itu pon,
 gambar berhujan di tempat orang :)
Kat sini shopping pon around 2hours. yela, belikan ole ole untuk yang teringat ! haks ! :D
balik la ke hotel kami selepas tu. .dan malam pula kami dinner di Lion City Restaurant :)



#Day 4

Alhamdulillah selesai pon percutian kami disana. .Bersiap untuk balik ke Malaysia :)
Flight delay disebabkan cuaca dan datin mengantok sangat . Nasib ada entertainment kat airport. heehe ! Uncle sebelah ni pon lebih kurang . prapapapa! done !






Thank you guys . if you guys pergi, enjoy urself ok! seronok :D hee take care semua ! + all pictures in here was taken by Samsung galaxy S2 . Enjoy among yourself dear,
byebye.