Friday, March 30, 2012

Jodoh tidak mengira siapa :D

Assalamualaikum ,




How sweet of this lah ! COMEL sangat :') .I tak tahu mana i dapat link ni actually mungkin terlebih masa kot untuk tengok youtube . I was like, ee kenapa comel sangat ni . You know that, i put myself on her. Dah lah, taknak cakap lebih lebih tapi takdapat nak gambarkan kegembiraan macam tu :') comel comel comel. Semoga kalian dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki dan bahagia hingga akhir hayat . awww, ok bye.




(just click the link above to watch it dear)

excited sangat lebih kurang muka yang anda saksikan, PANG! over taw!

Datin.Najah.
Byebye :') hee ~

Tuesday, March 27, 2012

Ujikaji comel dan mudah : Brain anda dan Personaliti Diri Anda :')

Assalamualaikum,



Disebabkan seharian takda kelas harini, maka Najah pon sangat rajin untuk share something to all of you dear readers. To new followers, hai and thank you. Selamat berkenalan juga :') Just call me Najah kalau rasa nak glamerkan diri untuk rasa nak berkawan dengan ala ala VVIP , do call me Datin. ah, buang masa intro yang takda bagi benefit pada semua. ok then zzzz.

Today, im gonna share something information about our brain actually.  This is from subject that i've learned yesterday by Mdm Rahayu. My beauty lecturer . Tapi semestinya dia taktau dia my inspirations dalam kelas. kehkehkeh sebab dia cantik , pandai dan sangat tinggi lampai. pfffft ~ Kalau pergi kelas dia, kadang kadang kena tepuk dahi  diri sendiri sebab otak dok berputar kata, kenapa dia cantik sangat?! hee, padahal semester 2, dia pon jadi lecturer Najah juga . HAHA. boleh? so maknanya, mmg dia cantik and i adore her. Why? jangan tanya kenapa sebab Najah pon tak tahu kenapa selain itu . hihi.


Bila berbicara tentang otak, ramai yang sudah tahu  bahawa Allah SWT telah menganugerahkan kita otak untuk berfikir dan ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan juga otak kanan .  Disini, Najah ingin berkongsi dengan apa yang Najah belajar semalam. Kita sering menggunakan otak kiri berbanding dengan otak kanan. Mengapa Najah berkata begitu , kerana otak kiri kita adalah 'DAILY ROUTINE' untuk kita. Apa yang kerap kita buat and lakukan setiap hari for examples, bangun tidur, gosok gigi and mandi. Jam tangan sentiasa dipakai di pergelangan tangan kiri pada yang telah biasa dan agak janggal untuk dipakai disebelah kanan. Selain itu, contoh yang lebih mudah adalah menulis, menyepak bola dan hmmmm makanan dan pemakan tidak boleh dipisahkan. As time goes by, kita pon tak boleh tak makan dalam masa sehari .Orang yang diet dengan cara yang bagus juga, mengamalkan cara dan teknik yang baik . Otak kiri ini juga, more in verbal, focusing on words , symbols and numbers. Mereka juga seorang yang analytical, and led by logic .  Otak kiri banyak observe and enjoy observe something tu. Sebelum buat apa apa, yang aktif di bahagian otak kiri ini akan membaca instruction secara manual dahulu sebelum mencuba sesuatu. See, nampak tak disitu ? Apa yang kita lakukan, semua banyak menggunakan otak dibahagian kiri dan kurang menggunakan otak dibahagian kanan.  Sebab apa otak kanan jarang digunakan ?


 Ok, Mari kita tengok kenapa.  Otak kanan ni, more visual and more focusing on images and patterns. So that, kita ni time exam la baru nak menggunakan otak dibahagian kanan ni. Yes, me ! Kadang kadang kalau you guys perasan, as student like me , mind photos help me to remember things. Besides that, writing things down or illustrating them helps me to remember. Tapi ni Najah gunakan time exam je lah. hihi. Otak kiri tadi kita cerita, analytical kan but otak kanan ni intuitive and led by feelings. Hee , tapi mmg betul ! Yang aktif dibahagian kanan ni pula, dia tak gemar membaca instructions before cuba sesuatu dan mereka enjoy touching and feeling actual objects. Get it ? ok :) Untuk aktifkan kedua dua bahagian otak ini, boleh ! Perlu banyakkan bersenam, aktif dalam bersukan. Apa apa saja jenis sukan, once you active,  your brain will follow to move up . Kita perlu bersukan, keep healthy . Selain itu, melukis juga perlu sebab ia juga mendorong otak kita aktif sama. Lagi satu fakta, siapa yang orangnya 'kidal', automatically otak kanannya berfungsi sama. Sebab tu, ada juga dengar ura ura mengatakan, orang kidal ni, pintar :') Rezeki mereka and gunalah sebaik baiknya, Ia bergantung juga pada usaha seseorang. Jangan kecik hati pada yang bukan kidal, kita awesome tau :') HikHik.

Semalam dalam kelas tu, Najah dah masuk chapter 3 (personality) subject Conflict Management by Mdm Rahayu H yang cantik tu . Walaupun Najah berjurusan Customer Service tapi Najah belajar keseluruhan tentang manusia ni. Sebab bukan apa , tugas Najah waktu bekerja nanti adalah berdepan dengan orang ramai. So kalau nak buat orang lain stress, buat lah time belajar sekarang, sebab nanti time Najah kerja, orang ramai yang buat Najah stress. HAHAHA. jahatnya aku. tak guna punya orang, tak boleh jadi leader betul. kikiki ~ Tapi jangan risau, semua lecturer untuk course Najah ni dah mengajar kami tentang ketahanan mental juga fizikal . hee ~ enjoy punya subjects only di UiTM di HATIKU. ecewah ! Subject semalam pon , Najah dah belajar banyak info tentang diri Najah sendiri. Mdm suruh cari pasangan and judge your pasangan tapi Najah cannot judge them, Bad me. Ia boleh di judge if orang itu bersama and lama dengan kita tapi takpe, Najah cuba untuk judge walaupun tak lah berjumpa selalu. Kalau mdm suruh judge kawan baik, laju je Najah judge. HEHE.

Personality yang kedua dua nya bagus :

About Personal Source of Energy ,they have 2 part which is:

a) 'Extroversion and Introversion'. Extroversion ni, jenis yang peramah and tak sedar apa dia cakapkan and senang bergaul dengan semua orang. Tak kiralah orang tu jenis macam mana, dia mudah untuk bergaul. Kalau dimana mana, dia suka berkumpulan. Tak suka sorang sorang nanti dia mendap otak. hehehe mandai je aku . Dia seorang outgoing, self-confident and generally seek out excitement. Haa, itu Extroversion. Introversion ni pula, seorang yang more alone. Dia dengan life dia saja (bersendirian). They keep their observation and judgement. Contohnya, kawan kawan dia mengata si A, tapi dia keep inside and dia tak mengata pon, dia simpan dalam hati. Taknak masuk campur, simpan je dalam hati untuk kepentingan diri sendiri and orang lain.More reserved, less sociable and less outgoing. Introversion bukan tak bagus, bagus. Dua dua bagus . Tapi ini digunakan untuk kita tahu dan mengenali diri kita . So anda yang mana ? Extrovertion or Introversion . So boleh pilih untuk tahu kedudukan anda dimana. hehe! Najah? dalam judgement Najah rasa Najah is "_troversion". HAHA boleh kau judge diri sendiri pulak. ades.

b) 'Thinking and Feeler' . Thinking ni , dia seorang yang berpendirian , Kalau pihak A suruh pihak B pergi mana mana, pihak B tetap taknak pergi so pihak A perlu tahu yang pihak B adalam seorang yang berpendirian. Susah kita nak ubahkan dia, ada yang kita perlu ikut cakap dia . Bagus disini ya wahai rakan rakan, senang untuk diri tidak dipijak pijak. They more on analytical, calrity and believe in justice.  Cool and calm dan mereka uncaring punya orang. Feeler ni pulak, jenis orang yang lemah lembut senang dibuat runding.  Kalau pihak A ajak pihak B pergi shopping, untuk menjaga hati pihak A, pihak B pergi lah juga. Begitu :') how sweet . hee. Mereka ni interpersonal and empathic. Mereka juga sukakan harmoni and ber personaliti. Mereka boleh dibuat runding dengan cara mereka berfikir dan masih berpendirian tapi pendirian mereka itu tidak lah heavy like 'thinking' itu.  So which one are you? boleh pilih dengan baik . heee.

Haa, yang ini khas untuk anda juga Najah.  Learning styles. They have 4 types which is, Accommodators,  Divergers, Convergers and Assimilators.  Jarang kita dengan words ni kan. Haa word ni untuk mereka yang ambil subject ini .  Ok, Accomodators ni seseorang yang if buat sesuatu, dia main redah je buat. Tak fikir apa . Divergers ni, dia main redah je buat sesuatu tu tapi they keep asking with themself. 'Kenapa main bola ni perlu sepak bola tu, kenapa main bola ni kene masuk goal, kenapa bola tu bulat, kenapa jaring bola tu macam tu and kenapa kenapa kenapa. Mereka ada sifat ingin tahu semasa melakukan sesuatu dalam masa mereka buat itu dengan main redah sahaja . Get it? Then, Convergers pula mereka fikir dahulu sebelum mereka melakukan sesuatu itu. Contohnya nak buat cake, mereka fikir dahulu tentang risiko sebelum mereka buat cake tu. Yelah, kot rentung ke kek tu , pasal cake tu kang tak makan orang kat rumah, bazir elektik mak ayah, bazir duit pulak. Haa, so that mereka fikir dahulu.  Lastly, Assimilators dimana seseorang yang melakukan sesuatu dengan details and very particular.  Contohnya mereka nak buat cake. Cerita pasal cake je kan, ok mereka nak buat cake tapi tak cukup bergantung pada buku resipi so , mereka ni try google, try youtube and observe something untuk mereka puas. That's all.

Itu antara knowledge yang Najah boleh share kan. Thank you mdm . Sebenarnya ada lagi. Haa, ringkas and padat. Harap anda semua tahu personaliti anda dimana. Selamat mencuba :')

p/s: thank you so much luvly readers.

Salam,
Datin.Najah

Wednesday, March 21, 2012

I AM SENTIMENTAL VALUE PERSON : Gelang Emas

Assalamualaikum.

Isu pukau semakin menjadi jadi gara gara seseorang itu leka dan terpedaya dengan seorang lagi hamba tak pernah berguna dalam masyarakat.  Kes pukau ni banyak terjadi pada kaum wanita comel gemu cantik dan juga kaya sometimes tak kaya pon sometimes (boleh buang perkataan sometimes kalau nak jadikan ia rare).

Actually , tak baik pulak kalau nak cakap mereka mereka ni tak pandai jaga diri . Kita tak boleh nak salahkan mereka mereka ni juga sebab mereka dipukau pon bukan dalam keadaan mereka sedar. Now, sambil type ni pon kalau ada yang memukau, boleh je kau type apa apa yang tak pernah kau nak terlintas pon untuk menaip. Get it ? So, apa apa yang berlaku dalam dunia sekarang ni, beware. Kes pukau ni berleluasa, kadang kadang kes itu ditutup pon, still ada lagi .  Kalau tak silap , mereka hanya menggunakan mata dan juga sejenis ayat sehingga seseorang itu menjadi hayal dan rasa di paradise sambil minum air sirap lebihan orang yang dianggap fresh orange yg diminum oleh artis artis luar negara di tepi pantai . PANG! . .Ingatan mereka seperti mereka di tempat yang mereka tak pernah berada. Kesian kan !

Haa sekarang baru nak masuk perenggan pertama, hikhik ! Mukadimah dah lebar, sekarang ni datin nak dok share dengan you guys tentang kes ini . SEMALAM, datin dengan kawan pergi ke satu mall (tak sampai hati nak beritahu dimana) tetapi datin tak expect langsung kes itu terjadi pada diri datin sendiri. Pada datin seperti dipukau tapi bila fikir balik, lebih kurang pukau lah .  If you noticed, datin memang memakai sejenis gelang emas pusaka (don't get me wrong), i just wanna share something.  Ok, dimana mana gambar di lengan kanan datin akan adanya gelang emas itu.  Itu lah satu satunya gelang emas faveret datin suka pakai walaupun datin tau remaja sekarang ni tak pandang dah gelang emas ni, kalau mak suruh pakai (alaaa, tak remaja laaa pakai gelang emas, nak white gold!) itu apa yang terjadi pada datin sendiri. HAHA. But then, i try to wear it back since tahun lepas setelah melihat ibu dok sibuk nak upgrade gelang ni sebab tak muat untuk anak dia walaupun dia tahu anak dia memang taknak pakai.  Untuk menjaga hati ibu yang suci bak softlan wanginya, maka datin kau ni teruskan pakai sehinggakan si ibu suruh buka untuk disimpan semula pon tidak mahu ku bukakan . hikhik ! See, betapa value nya emas pada datin kau  ni!

Lama lama datin pon dah serasi dengan gelang emas love love ni .  Kadang kadang segan nak pakai tengok kawan kawan tak pakai pon sebab datin fikir mereka more tu bracelet white gold watsoeva la kan. Kira nya datin ni like mak mak la pakai gelang emas. Hihi, pada satu malam yang sunyi datin pon tergerak nak tanya ibu about this gelang . But then ibu pon cerita dari awal kisah gelang ni hingga lah datin pakai sehingga ibu jatuhkan airmata menceritakan kisah penat jerih nak dapatkan gelang emas ni untuk seorang anak perempuan dia yang dia paling sayang dalam dunia. Haa (tahan sebak ni kalau teringat balik cerita ibu). Gelang emas ibu dah start pakaikan since datin 1 tahun setengah then, ada rezeki lebih sikit, upgrade then upgrade gelang tu sampai jadi gelang mcm sekarang. How much i love you mum .thank you.

Nak dijadikan cerita, sambung cerita pasal malam tadi .  Datin ke satu mall ni and i won't never expect that gelang yang ibu berikan selama ni berjaya ditukar kepada satu kedai emas ni.  Datin tak sangka, niat untuk cuci gelang emas ini bertukar satu tragedi dimana datin telah menukarkan gelang dari ibu ini dengan gelang emas yang baru !! You know what, datin tak pernah terlintas nak tukar tapi dengan orang itu, datin berjaya tukar.  Gelangnya hampir sama dengan gelang datin cuma bila kita dah perasan, gelang datin dengan gelang baru itu bezanya besar dan kecil.  Gelang emas yang datin pakai selama ini, besar sedikit saiznya berbanding gelang emas yang baru itu.  Orang tu pon persuade datin untuk tukar. Lama juga kisah untuk menukar tu sebab datin tak sudah sudah beritahu dia ' No. .cannot! ini my mum beri dari i lahir takkan senang senang i nak tukar dengan emas yang baru you tawarkan tu walaupun i tak perlu tambah duit' . Datin tetap tegas untuk tidak menukar gelang emas tu sebab pada datin, Ibu dah susah payah beri gelang emas ni and senang senang nak tukar baru yang belum tentu sama .  Dalam masa tu, datin seperti dipaksa paksa untuk tukar.  Dia pon ambil gelang emas datin tu, dikikis pada batu untuk tahu sama ada ia emas atau tidak and i let them to test on my gelang tu.  Dia pon dah dibuktikan ianya emas tulen. Dalam keadaan tak sedar, datin tak tahu how come dia boleh berjaya buat datin ambil gelang baru tu.  Datin pon bukan mamai sebab masih sedar dengan apa yang dia buat tu. So, datin cakap 'ok let say i amek gelang baru u ni, value dia sama tak? then, dia kata sama and you tak rugi untuk tukar pada yang baru'.  Datin tak kisah apa dia cakap sebab yang datin kisah is, my value on that gelang emas and value kasih sayang seorang ibu di atas gelang itu.  So, around half an hour macam tu, kawan kawan datin pon masuk dalam kedai tu and tanpa tahu apa cerita kawan datin pon agree sebab nampak cantik dari gelang datin yang lama .  So datin pon agree untuk tukar .






Before that, datin ambil gambar gelang lama datin sebelum ditinggalkan di kedai itu.


Muka orang tu, happy sangat sebab dapat ambil gelang datin tu and datin pon terpedaya akhirnya untuk gelang baru tu tapi dalam masa yang sama, sebak jugak la tengok gelang ibu bagi tu dia dah ambil .  So datin kerap jugak tanya kawan dalam kereta and call my other friend tanya pendapat tentang gelang emas ni.  So masa dalam perjalanan nak balik ke Shah Alam tu, kawan kawan pon  dok bincang sama if mereka ditempat datin, mereka tukar atau tidak.  Half kata, tukar and half kata tak perlu. Datin drive dengan hati yang tak tenang sangat and masa tu nak menuju kedai makan.  So, untuk kepuasan hati, datin pon BBM ibu datin tanya about the gelang. Honestly, masa datin nak buat keputusan tu i never think about my mum tak terlintas nak tanya dia dulu. Bad me ! Sebab masa tu, just fikir value and tak guna langsung phone nak try tanya watsoeva sebab takda ruang diberi untuk itu.  But then one word my mum balas ' adik, kalau adik sayang ibu jangan buat apa apa pada gelang tu sebab emas dulu dengan emas sekarang berbeza kualitinya' . Wuwuwuw, i was like. .SUBHANALLAHHHHHHHHHHHH ! apa aku dah buat ni  ??! Masa tu, ibu taktau apa apa pon lagi and tak tau yang datin dah tolak gelang emas tu. Patut lah bila datin fikir, dia berani tukar gelang emas itu dengan datin tanpa ambil sebarang wang tunai pon.  Sebab value gelang datin itu lebih tinggi dari gelang dia beri tu. Patut muka dia happy.

Masa kes di kedai tu, datin ada ambil name card dia .  So, senang datin contact terus dia and i want back my gelang tu atas alasan yang sangat kuat but then, dia pon macam curiga on me takut sangat gaya dia.  If datin lambat tanya ibu, sure dah lebur gelang emas tu :'(.  So datin and kawan kawan makan  and datin makan pon tak tenang fikirkan apa yang ibu beritahu tu.  Kerana kasih sayang, datin gigih tak fikir waktu tu lewat atau tak, terus speed up ke sana semua . Deal dengan orang tu tunggu dimana, and dimana.  Alhamdulillah dengan baca ayat ' rabbi yassir wala tu assir' alhamdulillah, gelang itu datin dapat semula and i was like. .Subhanallah besarnya nilai kasih sayang dari ibu.  Bila compare gelang lama and baru, sangat berbeza. Ringan sangat berbanding gelang lama datin tu. I miss my gelang :').  Masa nak tukar tu, datin soal dia juga, why tou force me to changes that gelang ? WHY?!! you know what i am a women but then don't easily silly me . Patut you force me like that . Haih, im sorry to you too cuz tak fikir panjang and i know our conversations . Datin cakap macam tu, terus dia rasa bersalah sangat but then datin bukan niat nak buat dia rugi tapi jangan perdaya dengan cara begitu and dia sebut something tak sedap . Masa tu datin teringat kawan datin pesan, jangan pandang mata dia masa ambil gelang tu, kawan2 datin semua keluar dari kereta and masa tu dia agak risau so tak berani nak gaming me again. Boleh bantu orang lain berjaya tapi syarat nya mereka perlu jujur. baru lah pelanggan sayang. heheh ~.

So, to my mum . .i love you so much. im gaining something new about value.  Everything you gave to me, tak sama seperti dengan apa yang saya cari . You wanna look me happy everytime and i should make you more happy, ibu. im sorry , i love youuuuuu ibu ! lepas ni, nak suruh ibu simpan semula hihi . risau ~ So you guys, hargai. belajar hargai .pesan untuk diri ni juga :) Everything you do, ingat dulu ibubapa you dulu.  You will look much more better . heee ~

Baju hitam , puff di bahu yang dipakai adalah hadiah dari : EDAST BUTIK


gila stylee , panjang karangan aku minggu ni.
Ia ikhlas datang dari hati. hee ~


byebye.
Datin.Najah




Friday, March 16, 2012

Inline tu apa ?! The Wheel with DatinWowhhNajah !

Assalamualaikum . 


Heyyy im back for today ! Anyway just wanna share my experience neyy ! yeee, my experience walaupun masa sekola rendah dah dok main ! tak sempat tuka baju sekolah, terus pegi main sampai jatuh and lebam dahi korang tak pernah tahu , datin kau ni ! hihi.


Anyway, Inline and lebih dikenali ( roller blade ) dah lama ditinggalkan sebab yelah, orang kita including me kalau ada something new je, mesti bermusim . Beli, but then tak main dah / tak pakai watsoeva . See, contohnya ! Inline ni.



Datin kau ni dah lama sangat ketinggalan and tak pernah bukak cerita atau terfikir nak fikir Inline ni actually, tapi kawan datin kau ni kannnnn dok sibuk cerita pasal inline ni. Mula-mula datin la orang yang rasa " eeeeeeeee sumpah best shimaa ! main ni dulu dulu. . masa tu kan. . ayah aku dok bertungkus lumus pegi beli kat mall sebab aku keep cerita je pasal inline ni and blablablabla" then, datin tak expect pon dorang nak pegi bawak datin pegi main ! COMEL TAK????! comel kaaaaan kawan kawan datin mmg mcm datin. *PANG! Lepastu , petang tu pon mmg clear the whole day takda class MAKA, datin pon pergi lah ke Subang Avenue yang baru 1st time datin jejakkan kaki ke situ . HIHI.


Empat orang, empat kepala , satu kereta dan minyak duit tol dibahagi sama rata dan saksama ! bagus kan ? WELL, i know . .heeeks ! Datin pon dok bergambar kat belakang dengan Sya sebab si Shima dengan Cheetah berasmara dok bergambar sama kat depan, mana boleh ?!! DUNIA PERLU ADIL! hihi.  Dalam waktu mereka tak perasan, akhirnya datin dan sya dapat menyelitkan kepala dicelah tanpa pengetahuan mereka and kami YESSSSSSSSSSZA ! ADIL :) (baru boleh nyanyi lagu penakut by Yuna)


Finally, kami pon tibaaa ~ Mall yang lengang buat masa tu and kami naik ke level atas sekali . Kalau you guys pergi, dia mmg paling atas dan no more atas lagi melainkan you nak pegi bunuh diri . Masuk masuk situ dah nampak orang dok bayar . So the price is RM25 for first timer and RM20 for membership :) Semalam Datin pergi just bayar RM25 and free member so next time pergi boleh la dapat RM20 !


Tak silap datin, di Melaka ada jugak sebab kawan datin ada jugak bagitau Melaka ada and take note, kita bermain di alam disco ! haa kemain kan disco dengan datin kau bertudung bagai masuk disco . Don't worry, environment dia sahaja like that lampu lampu like I-City . HAHA memandai je kau. Lepas tu, you guys pegi la pilih kasut saiz apa nak pilih je dengan bagi resit ticket atas ni IN/OUT tu . Pakai socks kalau boleh bawak lah dari rumah . Semalam datin dah wasted for RM3 for stoking sebab kat rumah, banyak betul stoking.RM3 boleh beli air mineral kot kau dahaga main main dalam tu kan, ada kedai makan dalam tu and surau so no need to worry . Main la kau sampai lebam .


Dalam tu agak panas, so tak payah nak pakai ala ala korea tebal tu . Itu untuk tempat orang bersukan so simple2 sudah .  Panas tu tak la heavy sebab ada jugak air corn tapi kalau you da main sakan dalam tu, panas berpeluh la you . Once you dah pandai main and dah laju, angin yang you dapat sangat kuat automatically you akan rasa sejuk . hehehe ~ Around 3hours an half jugak la kami berempat main . Syok sangat. Ada tempat duduk di setiap sudut . Pada yang baru nak main, ada disediakan kasut 4 roda untuk train before pakai kasut yang mcm datin pakai tu . 


Kat situ, jadi tak kisah dah kalau orang jatuh jatuh sebab orang yang pandai main tu dulu pon pernah jatuh . Hihi dan sebenarnya datin da jatuh sekali pon semalam nasib gelap, orang tak nampak ! hehe (bukan apa, datin tak boleh lah tengok budak cina tu boleh buat kenapa datin tak boleh Ahhh stress padahal tak pikir budak tu mungkin selalu dah main situ HIHI) . Kawan kawan datin apa tah lagi , dok membahan la gelak ngilai macam pon pon kat belakang . Bukan apa, masa tu datin dok sebok nak sangat naik bukit yang berombak tu, tapi tak lepas sebab dia kena laju baru dapat naik, hambek . .sekali tak lepas and kau kebelakang then jatuh. Jatuh tu ada step tau . .HAHA. lucu la ~ tapi serious, memang FUN!






Contoh aksi yang tak dapat tahan , see ! comel sangat time ni . Nak ketawa tu, memang la tapi time nak pergi toilet tu yes, still inline :) comel serious comel ! Barang barang dalam locker so gambar yang kami ambil ni pon masa dah nak balik . Tak berani nak bawak phone sebab takut terhempas kang tak pasal .




Kesian Sya, siku dia terhentak tapi dia ok dia kuat yang penting dia comel lagi lepas jatuh . hihi tapi dia gigih tu nak main lagi tu . .banyaknya TAPI. err ~


HIHI si shima and cheetah ni toksah habaq laa. .depa dua orang mmg dok gembira sakan sampai balik tu ~ Have fun guys ! even though ala ala hana tajima si shima, dia boleh main kikiki. Cheetah cool tetap cool hihi. nyummmmih ~


Ok kami pon dah penat and kami nak balik ! sangat enjoy . The moment with classmates, gile kalau tak best ! mesti lah best :) hihi ~anyone ? pergi la . 






Lakukan aktiviti sihat anda setiap masa . Siapa kata Plus Size tak boleh melakukan aktiviti seperti orang biasa yang penting BERANI MENCUBA . Ok byebye 






Datin.Najah

Thursday, March 15, 2012

EDAST dan BAJU PLUS SIZE DATIN

Assalamualaikum.


Hee thank you so much for those yang tak putus putus keep in touch hihi (bajet orang heran).  Actually Najah terasa terlebih waktu senggang pulak sekarang ni. Nak baca buku pon rasa macam pelik pulak sebab Najah bukan nya study awal padahal bila teringat muka lecturer HRM yang garang macam i never see tomorrow tu kan, terus gugup.  Takut tau, sebab tak dengar apa lecturer tu cakap kat depan and tanya kemain berulang kali, kan dah kene maki kau kat situ. i was feel like i am in standard 6 dalam class tu. Tapi bagus, itu tandanya lecturer sayang. hihi ececey. Adik adik, this is not nice please do not follow kakak kau yang tak boleh dibuat contoh ni. Yang lain, boleh  tu pon kalau you all rasa ada perasaan nak follow la! hihi :D


Guys, Alhamdulillah im so in love with my class this semester. Entah lah, mungkin sebab nak amek hati sendiri kot tengok semua subject 4 credit hour (meraung) ! Ni kalau main main jugak semester ni, basuh baju mop lantai jelah kat umah . .no more tomorrows to see your friends pegi kelas sama sama lagi .kikiki ( ibu selalu la pesan bagai nak ribut dok pekik kat telinga kalau result tak membanggakan) Hehe.  So NAJAH! kau jangan nak gembira sangat even though i know that i can't be a good leader sebab sometime suka hati datang class lambat 10 minit alasan sebab jem giler kat depan rumah nak pergi faculty! boleh?! padahal boleh je siap awal (tapi tengok roomates chill je tolak lambat gi kelas dengan roti cokelat gardenia digigit like takda tangan nak pegang sebab kunci kereta , beg semua penuh ditangan and kereta jem depan rumah membuatkan semua pandang gelagat perempuan tak senonoh like me. HIHI) dalam hati, alaa . .student . boleh? no, DON'T! DON'T. If you buat jugak, don't tell the others that you are following me . HIKHIK ! NO NO! i need to wake up and tampal besar besar kat bilik NO MORE HOLIDAY LAAA BUDAK! and i think , good motivations. .Heh, if buat tak jalan jugak, tak tau la aku ni :)


Actually, baru baru ni Datin kau ni pegi la one butik at Serdang, mana lagi kalau bukan Butik Edast .  Haa, ini khas untuk plus size . Kot ada nak cari  baju plus size, poie lah kek Serdang tu ha, Butik Edast . Nak beli online pon sangat dialu alukan sebab senang untuk you guys jugak kan, also senang untuk me jugak . HEHE. Anyway Kak Ida is the owner of Butik Edast. She is very kind and so much lovely person actually.  Kadang kadang datang, tak sangka sangka dapat hadiah . You all tak payah la nak mention my name sebab nak dapat hadiah kalau tak beli barang kat dia. Rugi pulak kedai orang tu kang . HAHA.  Kak Ida so humble and until now we both are still keep in touch .  Baju baju dia, takpayah mention la, contoh dia boleh tengok  gambar dibawah :






See, baju comel macam ni sapa tak geram . Siap ada reben setompok depan . Cute kalau kau bah ! Macam macam warna ada , Carilah dengan bijak. Tentang measurement biasa lah, kena deal dengan kak ida tu sendiri takpon if susah sangat nak pegi tanya, you girls pergi amek tali tep / pita pengukur tu ukur badan you sendiri sama tak dengan Datin kau ni ha . .kot sama . .ok lah bah ~ meh, bukan senang tau nak bagi ukuran badan ni . .ni ha~ amek :


bahu : 18
dada:  below 48
pinggang: below 50
pinggul : 50
lengan : 14
labuh:29 - 34



Ayohhh ~ cantiknye make up datin ! cantiknya cantik nya. .gebu nya kulit datin lawa nya bla bla and blaaa ~ so no need to rasa kembang pada diri so i need to share with you that, sentuhan lembut muka ini by : MUA Nor Asyikin ! get it .  Thank you to my bestfriend FL sebab mempertemukan kami last minute  and i was like KAK, thank u sangat! rasa di alam pernikahan ~ boleh ? booo~ walaupun baju tudung syria kau bawak basahan pon tetap jadi pakaian keluar sana sini. Datin kau ni bukan amek berat pasal kaler. .kalau boleh, oreng striking tudung tu, baju warne merah corak pelangi pon jadi. Asalkan berbaju. HIHI . Malas pikir, yang penting orang sekarang ni positif, Ouhh. .fashion sekarang rupanya ( padahal mmg tak pernah amek berat! HAHA bedal sudah ~)


Petang tu kami beriadah sama, Lama dah datin tak beraksi di depan kamera orang, so apa salahnya la lapangkan masa sementara masa masih ada ni . .hihi ~ mana ada datin, situ ada fatin . kot kau laung fatin, datin takda maknanya datin busy la tu dengan business propa dia so, ekau poie la jumpo fatin ni so cam biasa, weeewee fatin . .kimsalam kat datin sweet comel tu eh fatin (if jumpa fatin) and  datin comel sweet , kemslam kat fatin liyana tu ehh datin (if jumpa datin) itu perkara biasa. . (camni aaa datin, kat fatin tak mention pujian  comel sweet pon, kat diri sendiri mention siap ! padahal tipu, takda orang nak puji macam tu live) HAHAHA. Ouh ye, shawl yang datin pakai tu from Edast jugak . senang cito alang alang update ni, mmg berkaitan dengan edast la kan. hihi ! Thank you jugak kat dak fatin ni, dia la tu rajin melilit kan tu shawl tu . dari pada baju datin pakai yang atas tu (merah) sampai la biru ni, dia la pilihkan tu . .hihi masa tu baru rasa eeee aku barbie doll laaa kak, kau bagi pasangkan aku baju hihi ! macehh ! * fatin buat muka annoyed kat aku korang taktau  sambil pegang baju2 tu .HAHAHAHA.


I ni dok sebok lah kenalkan korang dengan owner butik Edast ni tapi gambar dengan kak ida haritu tak sempat nak ambil. Takpe, nanti dah dapat gambar dengan kak Ida tu . .Datin upload di FB :) hihi ! So ini saja yang ada (hujung kanan sebelah fatin, itu la kak ida) thank u kak Asyikin for this picture. Ni la kak ida . .Single ? jangan lah berangan , dah anak dua dah limah ~



Thanks to Kak Fina too ! she's so sweet ! enjoy sangat dengan kak fina ni. Baby dia comel sangat :') haa, rasa nak bawak balik . Tapi dia tak bawak pulak baby dia ke lokasi atas urusan kerja . wuwu :D  HEHE kadang kadang boleh nampak kak Fina ni dalam slot Saffiya macam haritu, bukak bukak tv je, terus muka kak fina main laser dalam mall @TV9, AHAD 9 Malam :D Sila tonton , if nak tengok lagi, pegi TONTON.COM.  To Elfie and Faiz, thank u so much ! Gambar korang pon tak terambik , sempat ni je guna bb :) hee ~ anyway, so fun and you both are good photoG ! Faiz and Elfie :) nak tgk, pegi la .




p/s: iklankan perniagaan anda harga yang boleh dibawa runding dan bagus juga berpatutan :) mari, saya bantu anda lokasi yang sesuai untuk anda mengiklankan perniagaan anda . .Yakin dengan keputusan. selamat mencuba dan dijemput click link ini : RELAHADO - FATINLIYANA, a place to laid back & shop !

Ok lah, penat dah. byebye ! hihi.

Datin. Najah.









Friday, March 9, 2012

Thank you Flower day (:

Assalamualaikum you .


Awal awal semester ni , biasa lah berlagak la sekejap sebab banyak waktu senggang ! Nak bazirkan bila bila saja pon boleh dan semestinya . Haa tunggu lecturers bagi assignment, project baru nak bengkak mata. Najah Najah . Ahh lupakan ! Semalam kan , Najah pergi KL. Saja Najah dengan kawan kawan Najah berjalan jalan Bukit Bintang . Almaklum lah, masa cuti di Seremban takda sapa nak bawak jalan KL (bajet mak ayah heran nak merajuk macam ni) hihi Mak pon tak kuasa nak mengadu nasib masa tu .


Najah pergi sana around 2pm macam tu, hujan pon dah berhenti sebab lately ni hujan dari malam sampai ke pagi.  Masa update kat BBM yang Najah off to KL ramai dok alert me banjir banjir kat KL and i was like , "korang kenapa .cakap la betul betul and masa tu rasa serious lahhhhhh .HAHA smua la rasa " and Najah pon taknak cakap dengan kawan Najah yang kawan2 Najah kata KL banjir sebab nanti dia patah semangat. HAHAHA gile jahat aku. Btw , Najah dengan kawan pon dah nak sampai KL and tengok, Banjir apanya pulak, satu air pon takda. Kontang. hihi ~ That time cari balik info mengarot rupanya saja kenakan Najah (budak2 tu satu office, nice game that you played  to me ye Encik Azim and the others siap kau nanti)


Sampai sampai je terus jadi gila sebab tengok barang barang cantik . HAHA. Kawan kawan dok shopping, seronok je dorang tak fikir panjang dan takda rasa menyesal masa pilih . Gile tak murah, kat Sungei Wang kot . Then i just sepnd my money to buy some foods. itu lah kerja aku ! HAHA. orang dok sebok beli baju kasut etc, aku sebok beli makanan ! Masa tu, kawan kawan pon dah menggoda Najah untuk beli baju kat Cotton On ni, serious sumpah cantik dari janji dengan diri sendiri taknak beli apa apa, terpaksa beli untuk hati :) eyh, perempuan perempuan. .kalau nak sesuatu tu, sanggup mengorbankan like no tomorrows. hihi.


Semalam hajat nak berjalan je kat KL tu, and im done. Jalan jalan sampai lebam. Habis shopping, kami tengok movie " John Carter " and cerita tu BEST. tu je Najah boleh bagitau. Nak tengok, pergila . .for me awal awal macam tak faham sebab tak dok diam buat apa tah , tukar contact lense to spec so banyak kerja la kat kerusi tu. bila orang gelak , taktau apa and tanya kawan  kenapa gelak. boleh? Nasib la kawan sorang ni jenis easy to explain .Thanks Sya Syi and the rest khusyuk macam tengah berlakon dalam movie tu. menyampah betol kalau dok tanya ! HAHA * cheetah and Shima .


Balik la kami berempat dari sana . So everything was enjoy ! Nasib every Friday takda class. So, boleh bersenang lenang weekend tu :) byebye !






Salam.Najah



Wednesday, March 7, 2012

Hati diconteng conteng dipaksa paksa ! OHH ! ~

Assalamulaikum ,


Bahagia ni tak dapat diungkap .  Ia hanya dapat ditunjukkan dengan keputusan yang datang dari hati .  Semua orang nak kan kebahagiaan . Tanpa bahagia, tiada ikhlasnya senyuman, murungnya hati dan tiada hadirnya keceriaan untuk orang sekeliling kan .  Heee , ini bukan soal forum dari hati ke hati cuma nak berkongsi rasa bahagia bersama .

Bahagia tak selalunya bersama dan tak bahagia pon tak semestinya selamanya .  Apa orang kata, nak bahagia kenalah usaha. Macam nak anak, perlulah berusaha . Tak cuma bergantung pada kata kata " belum ada rezeki, masih belum ada. .kami dah cuma itu saja yang mampu" itu lah ayat ayat sekarang so nak kan perubahan, buanglah perasaan malu untuk pergi ke hospital .  Tanya doktor apa masalah anda and InsyaAllah. .pasti ada keputusannya , kan bahagia sudahnya nanti bila sudah tahu keputusan ~ hihi ( padahal semua ni kawan dah pesan awal awal dalam kereta, untung kawan seorang doktor, bahagia rasa! ) aih, bahagia lagi! HAHA.

Btw, rasa nak bahagia tu forever kan tapi kita ni manusia, ada saja kisah hidup.  Ada saja dugaan Allah beri untuk kita kuat .  Dalam semua aspek, semua perlu ikhtiar. .bukan sahaja pelajaran, kerja dan kelakuan tapi ikhtiar dengan bermacam cara .  Ok rasa tak perlu lah nak terjemahkan sebab you guys pon da besar kan , besar dari badan saya pemikirannya sekarang ni so nak apa apa kena lah berusaha .hehe .

Soal kerja, rasanya orang tak pertikaikan sangat sekarang ni, at least you tak menumpang hidup orang lain .  You bahagia and you rasa you mampu tanggung diri you and apa yang you nak tanggungkan tu dah cukup semua tu, of course la you bahagia kan and if nak berjaya lebih lagi, haa so perlulah you workhard. Ikhtiar and lebihkan usaha .  Orang takkan mengata apa pon sebab you bangun dengan titik peluh you sendiri.  Tak kisah la you kerani ke, penoreh ke, engineer ke, doctor ke. .semua tu memerlukan kerahan hidup.  Tu, orang atas atasan tu, nak berjaya ada saja kene marah dengan orang paling atas barulah berjaya ! see, how strong we are atas muka bumi Allah ni kan.  Setakat nak lenggang kaki, takda effort so takperlulah nak mengadu kat orang lain, org tu macam tu. .macam ni.  Mereka ada hak untuk berkata something sebabkan kita tiada effort.  Tapi better kot ditegur begitu sebab kalau tak ditegur begitu, manusia ni tak kan ambil kira and tak kan faham  and kau akan hentakkan kaki kau sebab menyesal tak bagitahu :)

Syukur lah masyarakat sekarang ni makin pulih and ekonomi pon stabil. Nak dibandingkan dengan negara negara lain tu, tak payah tengok jauh la..nak berBLOG pon tak dapek. .Facebook, tweeter apotah laei kan ! HAHA nak tengok CC pon susah tempat dorang tu asyik kene bom je . From one computer, terkena litar pintas dan ianya BOMMMMMMMMMMM. .habis semua ( ok aku dah imagine something bodoh rasanya) .  Takpe la, doakan kesejahteraan mereka yang teraniaya disana dan kita disini haruslah bersyukur sebab kita ada MALAYSIA. Ok, that's all for me too. .belajar rajin rajin takdo apo mak ayah mintak, belajar jolah ha buek maso ni . kikikiki. ~


Ok fine, just blogging some info untuk kebahagiaan diri sendiri , walaupun title entry tak berkait rapat dan setiap perenggan sangat berubah rubah situasi . hihi.


Datin.Najah

Monday, March 5, 2012

Surah Al-Qaari'ah


Assalamualaikum . .

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


A001
Hari yang menggemparkan,

A002
Apa dia hari yang menggemparkan itu?

A003
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?

A004
(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,

A005
Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

A006
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya,

A007
Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

A008
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya,

A009
Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"

A010
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?

A011
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.



p/s: Surah ini , Najah teliti betul betul maknanya, selama ni Najah cuma baca tapi Najah hanya membaca dan tidak mengambil masa yang ada untuk memahami maksud yang diterjemahkan didalam Al-Quran ni (cuma baca jawinya dan jarang sekali untuk membaca makna/terjemahannya).  Baru baru ni, Alhamdulillah dengan adanya Al-Quran per-kata, Najah rasa lebih seronok untuk mendalami maksud maksud yang ada didalam Al-Quran ( ok fine rasa macam sesi menjual produk / barang barang padahal tak pon , so dont get me wrong hihi i just wanna share about this for you) . Ayat ayatnya sedikit sedikit dan disertai makna yang sangat penting dan senang untuk kita pelajari sedikit demi sedikit  iaitu sebutan jawi dan ia diterjemahkan didalam bahasa ibunda kita (bahasa melayu)  .  Bukan senang hati nak belajar tapi once dah belajar dan faham, InsyaAllah pasti akan jumpa kebenaran dan rasa ingin lebih tahu tentang ayat ayat yang ada di dalam Al-Quran .




Btw, thanks to my bestfriend for this Per-kata . Kami nekad untuk beli sama sama so dapat murah:') .  So, kami sangat gembira hee ~ oh yes, this Per-kata quite good and apa salahnya beli untuk belajar kan :) like my mum' s said, benda lain boleh je beli, apa salahnya beli jugak something yg berfaedah sampai akhirat :) Thanks Mari kita renungkan bersama, InsyaAllah ~