Tuesday, October 29, 2013

KENDURI & LAMAN SOSIAL =)

Salam,

Aku ni bukan lah selalu ke majlis majlis seperti cukur jambul/aqiqah, majlis khatan melainkan kenduri kesyukuran & dan majlis perkahwinan. Dulu masa kecik kecik selalu jugak aku pergi kan, ikut mak ayah aku tapi bila dah besar amboi sombong sangat taknak ikut. Sampai mak aku cakap " ish awak tengok la nanti dah ada anak orang tak datang, awak jgn nak sedih. Kita wajib pergi undangan orang tau melainkan ada urusan yang tak dapat dielakkan" fikir-fikir balik, aah kan lepas tu aku terus berfikir secara mendalam dan rasa serbasalah lalu pergi bersama mereka.. (aku kan kuat berfikir benda yg belum terjadi lagi ekekeke, terlebih movie sangat ni) Mungkin sebab aku rasa aku lebihkan sifat malu dari tak malu agaknya wkwahwa. *kisahpulakkorangkan?  #berlalupergi..

Kalau sorang sorang pergi kenduri, hidup aku mesti macam kera sumbang. Maksud aku, " tangan aku tak lekang dek henpon" . Ha itu aku, aku ngaku tu. Bahaya kan?  For the time being, kalau aku sorang sorang memang aku agak kerap jugaklah sebab kalau orang lain/tuan rumah busy aku akan dengan phone nak nak ada IG, FB, Twitter eh suka lah aku kan tengok aktiviti orang. The busy body sangat gitcheww! ihik. That is why aku suka pergi mana mana berdua dan aku akan ajak sesiapa teman aku meheeehe. dak Fatin lah selalu jadi mangsa wahaa! At least aku adalah teman berborak kan so hp tak dengar pon memang dah biasa. Automatically terlibat dgn kelekaan phone when my partner tengok hp jugak. waaah aku memang tak boleh tahan lah. Mesti phone aku ting! keluar dari bag jgk. mmmhehe. Aku dah cuba praktikkan, but that is the result.

Orang yahudi ni dah banyak melalaikan aku sebenarnya. Yelah, social media and everything related banyak dah buat aku lalai sampai buat kerja dok tangguh-tangguh. Alaa tak sukanya bila fikir balik. Bahaya dan memudaratkan. Baca buku tu kena praktikkan tapi aku jadikan online semua tu sebagai hobi. alaa cane ni? Tapi aku tetap setia dengan social media ni sampai bila-bila kot cuma aku in process trying to reduce my time with it la. Banyak lagi benda faedah kan. Aku pernah tanya bestfriend aku, "aku selalu dengan phone ke kak?" and she answered " boleh tahan la tapi kalau penting takpela kan kak". Wah jujur! Nasib kawan baik yang jujur macam tu, kot orang lain aku memang makan hati siap unfollow gamaknya :p . Lepas tu, aku try to reduce and Alhamdulillah nampak la lil bit dari takda bila aku tanya semula. Aku suka orang komen aku like that tapi perlulah bermanfaat caranya. Hee thank you bestfriend.

Is this call fenomena? Sekarang waktu aku banyak di Instagram, pada aku IG is everything dan dari gambar, dah cukup menceritakan semua. kan?  Macam satu perkara wajib untuk aku. Aku share ni sebab aku rasa aku nak pendapat dan boleh share dengan kawan- kawan lain juga. Budak kecik pon dah terjebak, you know what? aku ada jumpa seorang budak kecik berumur 5 tahun dah ada ipad and if game that is ok lah nak main but tengah online Facebook. How's it? Mungkin buat facebook because there have a lots of game and invite family kasi nyawa, if macam tu ok lah ;D (detik hati aku berfikiran camtu haha). Btw, facebook is my number one. Banyak info orang share dekat situ and sebab tu aku setia dengan facebook until now walaupun Friendster dah tak tahu apa khabar. haha!

Aku taklah salahkan semua tu sebab semua social network ni lah yang banyak ajar kita untuk membesar. Sebab semua ni lah aku dapat mengenali kawan kawan lain yang jauh.  Thank you. Kalau tak, taktau apa jadi pada dunia ni kan. Cuma, perlu ambil yang baik lah dan contohi. Yang tak baik, tinggalkan takpon ignore terus. Aku pujuk hati untuk cuba lepas ni, hope ada lah perubahan kan. ok tu je sembang pagi.


Me FatinLiyanaand Irine with her baby FiskaMedina :')
Hairtu pergi kenduri Aqiqah #babyFiskaMedina by her ibu and her ayah -Irine Nadia & Amirul :').  Thank you Irine and Amirul sudi jemput kami berdua hehe, Rasa nak bawak medina balik seremban dengan hujan hujan waktu tu haha comel sangat! Anyway,lauk best sangat sampai akk dan kak fatin tambah tambah lauknya ihik. Door-gift pon super awesome! love it :') Ha kan aku dah cakap perlu pergi berteman baru enjoy wahaha! Nasib ada bestfriend nasib ada bestfriend nasib ada bestfriend ekekeke.

Alhamdulillah, ok tu je untuk hari ini ,bye :)



Friday, October 25, 2013

MASALAH apa yang TAK PERNAH selesai dalam DUNIA ni?? =)

Assalamualaikum,

Dear lovely readers. Thank you for staying here duduk duduk sambil membaca blog Alaa Si Datin Tuu =) Walaupun blog ni tak lah seseronok blog lain at least aku ada jugaklah nak share dengan kawan kawan yg sentiasa bersama aku selama ni.  Dah kenapa pulak rasa macam ni, dah ni memang blog aku. hehe =p

Everything is going well InsyaAllah. Semua baik saja setakat ni dan life aku tetap macam dulu kalau ada masalah tu aku jugaklah mengawal dan selesaikan sendiri kalau tak dapat selesaikan sendiri, aku akan minta bantuan keluarga aku walaupun aku tau ahli keluarga aku akan menguap nguap kemengantokan mendengar masalah aku yg dianggap "paling layak tak difikir" hehe. Tulah aku, seorang yang terlalu memikirkan masalah walaupun sekecil kecil masalah. Bahaya kan?

Disebabkan aku ni juga suka akan perkara yang ada jawapan makanya aku pun terus berfikir. Aku sukakan jawapan dengan memikirkan apa yang difikir sebab itu membuatkan aku puas dan seronok end of the story. Anything yang buat aku rasa macam ni mungkin aku anak ayah aku. Ayah aku pernah pesan, ada masalah cepat selesaikan tapi aku ni adalah jugak tahap "kelurusan" yang sekecil kecil masalah pon jadi rumit and yes "HAHA" jelah ayah aku boleh bagi solution. kesian aku..

"Orang yang takda masalah tu tipu" Itu memang betul. Kadang kadang orang tanya aku, ko ni peliklah. Masalah yg kecik ko dok fikir kan, yang besar ko macam takda masalah. Sampai aku rasa apa yang besar dan apa yang kecik masalah aku? Whwhwhawha. Lagi kesian bila aku jenis terbalik. huwaa. Help me! FYI, aku ada je masalah, org prasan tak perasan je sebab aku mls pikir kalau tgh happy haha. Tau tak sebab apa aku tiba tiba nak share about this.

Aku ni suka berimiginasi dan sukalah fikir kalau duduk sorang sorang makan sorang sorang and lepas baca information yang aku search di "google" about something, akan datang jawapan yang sama which are:

Sepotong ayat untuk mereka yang bermasalah:


اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa

 Maksudnya:


Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan


1. Aku patut bersyukur aku diberi Allah S.W.T otak yang sangat penting supaya aku boleh lagi berfikir dan ada yang diberi otak tapi tidak boleh berfikir dengan baik ( Membunuh, merogol dan lain lain).

2. Orang lain ada masalah lagi besar, so kalau aku yang ada masalah kecil dari tu perlulah bersyukur sebab Allah sayang aku. Aku percayakan itu =) Allah beri ujian kerana nak kita belajar makanya jgn merungut.

3. Pada pendapat aku,  kalau ada masalah selalu kita nak share kat orang yg tak berkaitan kan? tapi sebenarnya lebih elok keep it and solve sendiri bersama yg terdekat shj and biar semua anggap kita takda masalah and happy with our life.Orang lain pon positive, kita pon tak runsing  sebab banyak busy body dari membantu =) (tahla, aku taktau la apa org rasa tapi ni aku rasa).

4. Yes, i should think masalah orang lain juga tapi aku bukan jenis amek tahu hal orang takut aku yang cepat runsing padahal orang lain takda rasa macam aku pon and aku jenis i don't care except orang terdekat aku je aku akan ambil tahu sebab sayang :'). Sombong? aku hanya mendengar tapi tak berani nk solve kan sebab aku pon tak mampu :')

5. Masalah boleh solve kan sebenarnya cuma perlukan usaha untuk berfikir dengan baik dan tak mendatangkan mudarat pada diri sendiri.

6. Lebih ikutkan kata orang, diri sendiri sampai tak kenal jalan untuk selesaikan masalah (tapi kalau kata kata orang tu ikhlas dan sangat sangat membantu, ambil la jadikan pemangkin and kalau ada yang menjatuhkan, leave it and takperlu kusut sangat)

7. Doa dan tawakal serta beristighfar lah kalau kita dalam kekusutan kerana Allah sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa dekat dgnNya. Allah uji dan lontarkan masalah pada hambaNya yang MAMPU dan tidak sekali memberi ujian pada hambaNya yang tidak berkemampuan utk tanggung =)

8. Tak pernah sekali masalah yang datang pada kita tak selesai kerana pasti juga ada penyelesaian untuk dijadikan iktibar CUMA cepat atau lambat sahaja.

9. Bak kata Prof. Muhaya, rasakan diri ini boleh! InsyaAllah semua akan jadi baik dan jika ada masalah, ia pasti akan dapat diselesaikan =)

10. Kegembiraan akan datang di akhir sudut apabila kita sbg hamba Allah dah dapat petunjuk dan berusaha untuk selesaikan semua itu dengan baik so jangan kusut memikirkan masalah itu takkan selesai. AKAN SELESAI jika anda berusaha dan berdoa serta yakin.



Ok itu saja perkongsian pagi yang aku perlu ikutkan jugak. Semua  ujian yang Allah beri PASTI ada HIKMAH yang ISTIMEWA  and you should TRUST it hehe bye! 

Wednesday, October 16, 2013

Hello, tired but Im Happy!

Assalamualaikum :')

Hi. Lama tak jumpa kan padahal hari hari online. hehehe. Anyway thank you for requesting me to update this entry yang aku dah jangka takkan berusik sampai lah aku betul betul ada masa. You see that? Like my bestfriend said "masa ada sebenarnya, kita yg kena pandai uruskan masa betul betul".  

"Kak Datin lama tak update, mohon share your academic about Customer Service kak?  Saya berminat nak belajar tapi takut susah, mohon bantu kak :)"
Ok datin ,kau busy pon sempat photoshoot. hahaha!

As you can see, aku busy sikit yelah semester untuk practical macam macam aku kena buat dan apa yang aku nak buat mesti kena tunggu sabtu and ahad. Bila dah tiba hari sabtu and ahad, tak terbuat sebab masa sangat laju. Nak buat tu, nak buat ni tapi tak boleh buat semua yg dirancang.  So, aku tunggu sangat sangat untuk aku bebas dari minggu busy ni.  Aku enjoy Alhamdulillah practical dekat sini, tempat and kawan kawan office yang best dan yg penting humble and respected.  Selalu buat orang ketawa.

Yelah, as customer service department, ada part part kau kena ikutkan perangai customer. Kau tak boleh nak counter back customer sebab kalau kau counter back, haha failed lah practical atas alasan tak tahan sabar.  Aku rasa ada hikmah dan gembira aku pilih kos pembelajaran ni. Terima kasih lah lecturers UiTM bagi asas as customer service student yang sangat bermutu pada aku selama ni.

Ramai adik adik bawah aku tanya course aku ni susah ke? Aku akan jawab jawapan yang sama "taklah susah kalau minat dan taklah susah kalau kau study not too hard but keep smart" alah, padahal aku paling banyak main. Toksah lah ikut yang banyak main ni, kena lah rajin dari akk kau ni ye sebab subject ni takda math and account pon hehe! Terima Kasih UiTM tak membebankan student customer service yang dah cukup beban dengan kira kira sebelum masuk UiTM. But, you need love math and kira kira la tak kisah lah account ke apa ke you should like it sebab itu akan membantu if you guys practical/kerja tetap nanti.

Pesanan ni bkn main main pon, pesanan ni penting sebab sedang berlaku pada aku yang sedang practical disini.  As customer service student, memang lah takda kira kira masa belajar dari sem 2- sem 5 tapi you should know tempat kerja lain lain tambahan pula aku ditempatkan di customer service bahagian kredit. That is why i told you " jgn cakap tak suka, nanti itu yang mendapat" hahaha! But, syukur Alhamdulillah la kalau apa yang aku tak paham, minta tolong officemates sini ajarkan. Alhamdulillah, officemates ramai baik baik and ajarkan apa yang aku bebai. Sekarang tak gugup nak buat and belajar benda baru, harap berterusan.  Aku ni suka something new and taklah asyik buat kerja sama saja so aku dah belajar hadapi macam macam kerenah customers.  Good kan? ya,good if you strong dan ada hati yang kental and kena pandai kesan orang yang pandai saiko mwhehawh~

Eee, tiba tiba datang rindu moment belajar dari awal.  Aku nak sangat kerja tetap dekat sini. Nak sangat sangat sebab aku rasa aku bukan practical tapi aku bekerja tetap kat sini " angan angan aku mmg tinggi and aku kena berhati hati dengan perasaan sendiri" aku tau tu hehehe. Yaa, anyway aku update entry ni untuk adik adik yang sedang berfikir lepas SPM nanti nak sambung jurusan apa dan lepasan Diploma nanti nak sambung apa di UiTM.  Kalau nak jadi macam akk Alaa si datin Tuu, kena lah jadi student Customer Services barulah boleh jadi adik adik kak datin :p Meh nak share tips berdasarkan pengalaman ok:

Customer Services (Business Management):
1. Adik adik perlu tanam minat untuk subject ini sebab subject ni general dan sangat seronok!
2. Lepas SPM boleh ambil Management contohnya Office Management/Business Management/ lepasan STPM pon boleh pilih C.S ni.
3. Degree, pilih lah C.S ni as your course sebab sebelum Degree you have learned much about management.
4. You should know how to manage everything in your life first such as yourself/situation/emotional and environment. Lepas tu, baru boleh manage orang lain dengan cara yang betul dan berkualiti.
5. Dulu aku ni kuat meradang and selalu kecik hati tapi sejak jadi customer service student, macam macam aku belajar untuk diri ni jadi matang dan banyak improvement. Sebab subject ni setiap semester memang related dengan human and environment. 
6. Subject favorite nak ikutkan banyak best contohnya "conflict", "current issue", "HR" and macam macam lagi lah nak ikutkan sebab subject tu lah banyak bagi manfaat masa sedang practical ni :)
7. Jangan ikut dan terpengaruh dengan kawan yang mengatakan subject lain lebih sesuai untuk adik adik sebab adik adik yang nak belajar dan adik adik yang boleh tentukan masa depan ttg pembawakan subject. For me, C.S is sesuai untuk sesiapa yang suka belajar tentang behavior orang.   Kalau ikut selera orang lain, tapi tak boleh carry subject untuk apa kan? so pilih dengan tepat untuk course masing masing (random course). Degree in C.S ni IPTA ada di UiTM.
8.Peluang pekerjaan untuk C.S ni buat masa ni sangat luas permintaan dan kebanyakan nak yang berkualiti supaya dapat handle everything dengan baik. Nak nak student C.S yang dah kenal behavior, of course la senang kan.(aku pon tanam niat dan berazam mohon permudahkan urusan semua kawan kawan).
9. Di  zaman belajar dulu sangat berbeza dengan zaman belajar sekarang. Banyak improve so pandai pandailah jaga diri kalau dah belajar tinggi ok :)
10. GOOD LUCK! ada rezeki lebih sapa cakap tak boleh sambung belajar luar negara, bangga ANAK MELAYU tau :')
ni lah kawan baik yg tak putus putus bagi semangat jangan give up kat dunia ni :) thank you kak!


Oklah, sebenarnya nak ambil mood ni so update untuk you guys santai petang! Thank you, jumpa lagi.
Assalamualaikum! boleh share information ni pada kawan kawan/family/sedara mara/sapa sapa jelah :) Share what we have is call LOVE. take care!